Betul Ke Nombor Ekor Ni Boleh Diramal?

Soalan ni dah lama juga la bermain di fikiran hamba ini. Betul ke nombor ekor ni boleh diramal?? Ada ke software yang boleh meramal nombor ekor?

Selalu juga melihat member-member yang kaki nombor ni menghabiskan masa 3-4 jam duduk di kedai kopi semata-mata untuk membaca kod nombor yang dibeli. Tapi tak pernah juga kena nombor. Ada juga la yang kena sekali dua tapi bagi hamba, itupun hanya nasib. Bukan sebab nombor yang diramal, atau dari mana-mana kod yang diterjemah.

Setakat ni, hamba belum jumpa lagi mana-mana software yang dapat memberi ramalan yang tepat atau sekurang-kurangnya 95% tepat. Kalau ada, memang dah kaya la orang yang buat software tu. Tak payah dia jual software lagi. Kongsi je la nombor yang bakal keluar dengan orang lain secara percuma. Betul tak?

Ada juga yang sanggup gunakan bomoh untuk menilik nombor. Tapi tak pernah juga kena. Jadi kalau anda ada sedikit pengalaman sama ada pernah kena nombor secara ramalan atau tidak, bolehlah kongsi cerita di sini.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
  • Hub Iklan Anda © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes