Salam pembaca sekalian,
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa pemproses wang virtual yang sering digunakan oleh mereka yang terlibat dengan pertukaran mata wang asing. Saya yakin anda tentu pernah mendengar tentang PayPal, AlertPay (kini dikenali sebagai Payza), dan Liberty Reserve.
Paypal
PayPal merupakan antara pemproses wang terbesar dan popular digunakan oleh kebanyakan syarikat antarabangsa untuk menerima bayaran ke atas produk atau servis yang mereka jual di seluruh dunia. Pengguna akaun PayPal boleh membuat bayaran dengan menambah wang dari akaun bank tempatan atau kad kredit. Paypal juga membolehkan penggunanya menerima wang ke dalam bank tempatan masing-masing.
Payza (dulu dikenali sebagai AlertPay)
Penjenamaan semula akaun AlertPay kepada Payza telah meningkatkan lagi jumlah penggunanya di seluruh dunia. Anda boleh "top up" akaun Payza anda melalui kad kredit atau akaun bank tempatan. Namun, terdapat sedikit kelemahan Payza di mana ia tidak membenarkan pindahan wang masuk ke akaun bank tempatan di beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Liberty Reserve (LR)
Liberty Reserve lebih popular digunakan oleh mereka yang bergiat aktif dalam FOREX. Anda boleh "top up" akaun LR anda melalui akaun bank tempatan. Anda juga boleh memindahkan wang dari akaun LR ke akaun bank tempatan anda tetapi dengan syarat anda harus memiliki akaun Evogates. Evogates berfungsi sebagai pengantara di antara akaun LR dan akaun bank tempatan anda.
Di Malaysia, Evogates memproses bayaran menggunakan Maybank dan CIMB. Bagi negara-negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Singapura, Evogates akan memproses bayaran melalui Western Union, MoneyGram dan Wire Transfer.
Payoneer
Payoneer adalah satu lagi pemproses wang terbaru yang sedang meningkat naik. Payoneer menawarkan kad debit secara PERCUMA...ya, anda boleh memohon kad debit (Master card) Payoneer secara percuma tanpa sebarang bayaran. Melalui kad debit Payoneer, anda boleh menerima mata wang asing dari seluruh dunia dan ditukar ke dalam mata wang tempatan. Ini bermaksud anda boleh mengeluarkan wang menggunakan kad debit Payoneer dari mana-mana mesin ATM di seluruh dunia.
Untuk malklumat lanjut tentang pemproses wang ini, sila berkunjung ke blog berikut
http://alertpaydaftar.blogspot.com